Kedap minyak (oil seal) adalah satu komponen yang banyak digunakan pada bahagian kenderaan. Kedap minyak digunakan pada komponen atau shaft yang bergerak atau berputar. Ia berfungsi bagi mencegah kebocoran/bendalir daripada keluar. Selain itu, fungsi lain kedap minyak adalah mennghalang daripada habuk atau kotoran masuk ke dalam bahagian komponen. Kedap minyak berupaya menahan tekanan dan haba daripada komponen tertentu.
Bahan binaan kedap minyak.
Kedap minyak diperbuat daripada logam dan getah.
Kerosakan kedap minyak.
Kerosakan pada kedap minyak akan menyebabkan cecair atau bendalir pada satu-satu komponen itu keluar. Selain itu, kerosakan ini berlaku sekiranya jangka hayat kedap minyak itu terlalu lama, dimana getah pada kedap minyak akan menjadi keras dan retak. Gambar di bawah menunjukkan kebocoran pada kedap minyak kotak gear pacuan roda hadapan.
Bila waktunya kedap minyak perlu digantikan.
Kedap minyak digantikan sekira terdapatnya kebocoran dan ketika penggantian kompenen seperti drive shaft.
Menentukan ukuran kedap minyak.
kedap minyak diukur melalui ukuran luar, dalam dan tebal dan ukuruan tersebut selalunya terdapat pada permukaan luar kedap minyak.
cthnya: 35 56 9
35 (mm) = ukuran dalam kedap minyak (menyamai ukuran shaft pada drive drive shaft)
56 (mm) = ukuran luar menyamai ukuran perumah pada kotak gear.
9 (mm) = ukuran tebal kedap minyak.
ukuran dalam
ukuran luar
tebal
Cara menggantikan kedap minyak kotak gear pacuan roda hadapan.
1. Sediakan peralatan yang secukipnya seperti jek, stand (sangga), spanar yang bersesuaian, takung minyak, besi pengumpil, rubber grease,corong minyak, minyak kotak gear gantian dan kedap minyak baru.
2. Longgarkan nat tayar.
3. Jek dan sangga kenderaan, pastikan roda belakang disendal dan lakukan kerja pada permukaan yang rata. buka nat tayar dan letakan roda di bawah kenderaan sebagai langkah keselamatan. Pastikan juga sangga diletakkan pada tempat yang betul.
4. Buka palam salir bagi mengeluarkan cecair kotak gear, pastikan takung disediakan untuk menadah cecair tersebut. Pastikan juga cecair bendalir kotak gear benar-benar keluar sepenuhnya sebelum membuka pepasangan drive shaft.
5. Buka nat pada hujung CV join dan buka skru yang mengukat penyerap hentak.
6. Keluarkan pepasangan drive shaft dengan cermat dan berhati-hati.
7. Keluarkan kedap minyak menggunakan peralatan yang sesuai seperti oil seal puller atau dengan menggunakan pemutar skru jenis rata.
8. Gantikan kedap minyak dengan yang baharu.
9. Sebelum memasang kedap minyak pada kotak gear, sapukan sedikit pada permukaan luar kedap minyak tersebut.
10. Gunakan alat yang bersesuaian bagi memasukan kedap mintak dan pastikan kedudukan kedap minyak selari dengan perumah kotak gear, ini bertujuan bagi mengelakan kebocoran.
11. Tutup semula palam salir.
12. Pasang semula pepasangan drive shaft.
13. Pasang semula nat pengikat CV joint dan penyerap hentak dengan kemas.
14. Pasang nut tayar dan turunkan kenderaan.
15. Isi minyak kotak gear sehingga penuh.
16. Kemaskan peralatan.